Hai-O Marketing Sdn Bhd ditubuhkan
dan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat jualan langsung atau
'Direct Sellings' (DS) berbentuk 'multi level marketing' (MLM) dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada bulan September
1992. Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan
Hai-O, iaitu Hai-O Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 1975 dan tersenarai
dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di Papan Kedua pada 6hb Disember 1996.
Merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menjual ubat-ubatan tradisional
Cina tersenarai di BSKL. Hai-O Enterprise memiliki lebih 20 buah anak syarikat
dan mengembangkan sayap perniagaan dan pelaburan ke luar negara melalui
penubuhan anak-anak syarikat di Singapura, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan
negara China. Ini membuktikan bahawa sebagai sebuah syarikat MLM, Hai-O
Marketing merupakan salah sebuah syarikat yang diyakini keteguhannya, anggota
Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), dan antara syarikat tempatan yang
sedang meningkat naik dalam industri ini di Malaysia.
Hai-O Marketing memberikan lima jaminan kepada mereka yang menyertainya sebagai
pengedar atau usahawan iaitu pertama, syarikat berdaftar dan sah dari segi
undang-undang; kedua, produk berkualiti; ketiga, pelan pemasaran untuk
perniagaan yang menarik dan kompetatif; keempat, program syarikat melalui
bengkel, seminar dan konvensyen; dan kelima, kumpulan pengurusan pentadbiran
yang profesional.
Prinsip perniagaan Hai-O Marketing ialah Membangun Bersama, Menikmati Kejayaan
Bersama melalui industri jualan langsung, dengan membantu lebih ramai orang
untuk mencipta kejayaan. Hai-O Marketing disertai oleh semua lapisan masyarakat
dan pelbagai kaum termasuk golongan bumiputera yang bersikap proaktif. Matlamat
jangka panjang Hai-O Marketing ialah untuk meletakkan syarikat pada kedudukan
teratas dalam MLM di Malaysia serta melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa
terutama di kawasan Asia.
Produk Hai-O Marketing dibahagikan kepada beberapa kategori iatu pertama, produk
perubatan alternatif dan makanan kesihatan; kedua, produk pakaian dalam
pembentukan kontur badan ber-FIR berjenama Premium Beautiful dan siri Beautiful;
ketiga, produk automobil; keempat, produk agro-pertanian; dan kelima, produk
domestik. Di antara produk Hai-O Marketing yang sedang hangat diperkatakan di
kalangan wanita masa kini ialah produk pakaian dalam pebentukan kontur badan ber-FIR
berjenama Premium Beautiful dan semakin ramai usahawan -usahawan baru muncul.